Monday, December 31, 2012

End of 2012!

Hey Assalamualaikum :)

Haaaa, lama sangat tak update uollss. Rindu uolls nak meroyan kat sini. Ok lah since dah lama sangat tak hapdate. So, I sum up kan je la what I was doing lately and how my life goes right sometimes and goes wrong many times! Ahaks :p

Cuti, sangat tidak ada apa-apa maknanya melainkan anda membuat suatu yg beneficial contohnya, mengambil driving license! hehehe, so that was what I am doing now. Aceli dah banyak fasa lepas, so ini tinggal the final of the final la. So 2nd of January, that will be the day yg menentukan Im going to drive My Myvi ke tak dengan ayah kehkeh *berangan sgt iolls*

Ahah, yes. Doakan lah i okehhh :)

So, so, so ..... besok akan ada last belajar tho sebenarnya dah tak boleh belajar tapi my cikgu driving yg i sayang sesangatt tu kata, takpe - takpe awk datang je, "I'll make my time for you" Acheyy, itu yang macam nak lompat tetinggi ni and sayyy ...



Huraaaayyyyy! *over sgt iolls* hahaha


OK NEXT -->

20th Jan, Im going back to CFSIIUM. yeahh babe, im still there. Studying! menghabiskan sisa hidup menjadi seorang pelajar matriks. IIUM, katanyee. Sementara tu 29th Jan, my best best friendsss yang i sayang gileee ayam tu semua akan ke gombak! HAH? yes uollssss. Mereka yg I sayang bagai jantung nak terkeluar tu akan further their studies one sem earlier than me! Ahh, sakitnya. Sakit sangat. Bukan cemburu tapi nanti mesti rindu nak mampus. Ok tak mampus, tipu je :)

Boleh bayangkan tak? Boleh tak? Selalu je hidup mati dengan diorang but all of sudden diorang akan make another step untuk menjadi kaya. Ahhhh, that was so sad :'(

But actually, deep in my tulus heart ni, mendoakan kejayaan bebigirlss i tu. Ok I nampak sgt hikmahnya which is Allah nak bagi dorang pendedahan awal pasal Gombak so when I enter Gombak on Sept, senang lah! Nanti dorang boleh jadi tourist guide kan, takde lah I hilang panduan. Ahaks! I got you! Well, tak semudah tu sebenarnya. Hati cakap lain, mulut cakap lain, tulis pun dah lain dah ni.

Dalam hati ni, Im so sad. But nvm, ada lahtu hikmahnya. Aik asyik hikmah je uolls, hehehehe.
Ok, ini ada pesanan dari hati untuk bebigirlss i.


KakYong, hehehe Fatin Nazihah ye. Yong ni gadis yg sgt peliks uolls. Tak tau nak ckp peliks cemana tapi peliks lah. Hanya bebigirls yg lain je boleh tahu peliks nye yong ni. Tapi seronok sangat dapat buli yong dalam diam hahahaha. Itu terbaik sebab yong tak reti nka membalas balik. Kalau nak diceritakan moments dgn yong ni sgt lah banyak masyaallah sebab dari first sem lagi dengan dia. Manisnyaaa byk sgt, taknak lah cerita, nanti semut dtg. Manis sgt hahaha. Tapi yg wa tahu, "wa sayang lu yong, angat angat" Hiks :)




Rahmah, memang takde nama lain dah aku panggil kau kan. Tapi kau suka kan bila aku geram and panggil kau "Siti Rahmaaaah" hehehehe. That was so cute sebenarnya, bukan kau yang cute, aku ok aku :P Well, start knowing you sama lah macam yang lain, bila kita kat nilai dulu. Rasanya, bila dah start kongsi katil bagai terus kongsi cerita and semua kongsi lah sampai dah tak ada rasa kalau buat barang orang hilang ke ape ke. hahahahaha. tapi mesti cakap, "ahhhhh ganti aaaaa" itu part paling best sebab aceli memang mean it tapi kalau dah tak nak ganti pun okay je hahaha. Tiap malam text, bagai nak mampus padahal tepi katil je. Adooooh. Tak tahan! Aku sayang kau, sumpah  aku sayang. Kalau sayang boleh tukar pada duit, dah jadi kaya doee aku. hekhek *gelak gatal*




Jeje! Itu nama singkatan. Nama penuh MANJE. Maniskan. Manis sgt. Haha, ada. Kalau bab bergosip dengan ada ni best, sebab dia dengar je pastu gelak. pastu selalu ckp "o yeke nis? sambil buat muka bongok dan intonasi yang mendatar tu" hahaha. Bila study memalam tu, tak belaaa nescafee beribuuu. Tidutnye, tetap. Suka dengar cerita pasal dia dengan buah hati dia. Sebab bila kau cerita, nampka jujur doee :) Hiks. Lebiuuuuu daaaa, sayang sgt :')



Sayangnya Tuhan je yang tahu, kadang ada je yang terasa hati, ada je yang menangis sebab perangai masing - masing tapi sebab rasa sayang tu, bila minta maaf semuanya okay. Tak lama pun, merajuk sayang. 


and


part paling manis, bila hari - hari tiap masa nak makan sesama, boleh mati kalau tak makn sesama tau hahaha. Pastu bila tertekan je, mesti nak keluar walaupun takde sen. Kan manis sangat tu tau :')


Bila masa ada gembira mesti ada yang tak kena kan....

Well, sejujur cakap 2012 adalah tahun yg bermacam untuk org yg bermacam macam I. So, sangatlah padan kan gitu hehehehe. This year, manyaknyeee dugaan masyaallah and still keeps continuing till now. But afterall, mungkin aku akan tunggu dan lihat ape juga kesudahan yg baik ataupun pengakhiran yg mungkin yang tidak berapa nak kena dgn jiwa matang aku. O well, yg baik itu selalunya semua orang mahu tapi kalau bukan itu yg aku dapat. Aku tahu perancangan Allah beribu jauh batu lebih hebat dari perancangan aku, manusia yg tabah.

People keep asking me, apa azam tahun baru ni? Apa mau buat tahun depan?
Ahahahaha I just can answer bodo bodo punye jawapan. Mcm nak cantik! nak iPONGGG! semuanya kaedah materialistik and dunianistik aku bagi. Ah walaupun hakikatnya aku tak tau nak apa. Ya Allah, aku sebolehnya taknak berazam sebab aku takot dengan azam aku, aku ada harapan. Harapan yg mungkin akan buat aku tak serupa orang.



Ini masih orang, orang yg perasan! hahaha


Jadi, aku taknak azam nanti kalau tak dapat nangis. Aku redha apa juga yang aku dapat, tapi satu je yang aku rasa bukan azam kot tapi lebih kpd permintaan. 


"Allah, jika kau dengar aku. Aku ingin minta pada Kau. Jangan lagi Kau hadirkan sesiapa untuk lukakan hati aku. Jika aku memang ditakdirkan untuk tidak disayangi, aku mohon Kau jangan biarkan hati aku sayang dan kasih pada mereka. Jangan biarkan aku hargai mereka. Sebab aku tak mahu lagi kecewa. Sebab apa yang aku mahu hanyalah bahagia. Aku mohon. Buang semua manusia yg pernah hadir dalam hidupku yang hanya beri kelukaan. 2013, aku tetap mahu hidup. Hidup dalam keredhaanMu."

Cinta itu anugerah sayang, awak takkan rasa apa itu cinta kalau awak tak menghargai anugerah itu. Kerana anugerah hakikatnya perlukan penghargaan. Bukan untuk dipermainkan.

Jangan risau, masih ada rasa sayang.

No comments:

Post a Comment