Saturday, April 13, 2013

Masih rindu.

Aku tipu kalau aku kata aku tak kisah dengan perbuatan manusia. Tapi aku lebih suka diamkan diri tanpa perlu berbuat apa-apa. Bila sampai masa, aku mahu dia sendiri yang tersedar.

Sedih. Siapa kata tak sedih? Tipu kalau aku kata aku gembira.

Sampai saat ini, perasaan itu masih ada. Masih sayang. Masih cinta. Masih rindu.
Tapi aku boleh buat apa? Aku cuma boleh lihat dan katakan dalam hati, "Syg, aku rindu kamu. Rindu sangat".


dan.....


menangis.

Wednesday, January 16, 2013

Kalau kau gagal, kau cuba lah lagi kan, apa masalahnyaa?



" I am officially have a driving license! Yeayyyy! "

dan kemudian kau pun akan buat muka camni. Ha ok ok u dah dapat driving license lah sekarang ni kan? Pastu i reply lah, " haah, dah dapat! dah boleh bawak kereta! yeayyy! hehehehe *sambil gelak gatal*
Lepas tu, kau diam and buat muka .... 


Oh, TAHNIAH BABE! Shah Alaammm? Peace yaww! hehehe

Ok, this is just intro. Cuz I really can't think about the good intro since i update it at night, so pepaham lah ek. kalau tak paham, takpe. tengok je muka nyet kat situ, mesti paham pastu haha!


Yes, for the known and unknown readers, I am officially "pemandu motokar yang telah di gradekan oleh abangsss JPJ. Why abangsss? Sebab the JPJ are all guyss, kalau dah all, pastu guys maknanya lebih sorang lah kan? So, ikot plural in grammar, we should give "S-SWEETS"

ok tak paham, takpe :) haha

Actually, I took two test. HAHA. Poyo kan. Orang lain semua ambik sekali test je pastu terus lepas, tak kecaaaaa pun kan. I yang ambik dua test ni yang kecaaa lelebih sampai nak promote cerita dekat tenet ni ha. Ok lah kan, atleast aku amek dua test, kau hado? hehehe 


Ini nombor tak ada ong maaa hahahaha

Yeah, after I went through all the halangan and cabaran and kedengkian manusia sekeliling when and before I have a driving license. For eg, camni haaa "eh kau boleh ke bawak kereta ni? kaki sampai tak? ha pastu kau gelak gatal camni huahuahuahuahua!" 
Ish dalam hati ni asyik menyeranah je, "kau jeles kan sebab kau tak amik lg hahahaha"
tu dalam hati je lah, ahak!

well,
I took my first test on 3rd Jan, and I FAILED! hmmph, ni poyo sedih :) haha. tapi masa tu, memang sedih bebetul wooo. sumpah tak tipu! I sangkut kat 3 penjuru, masa tu step kedua enjin mati! omg omg I masa tu dengan kemkabut start enjin balik dengan harapan dan berdoa pada Tuhan bagi JPJ tu tak nampak, hahaha.
Tapi Tuhan tau aku nak main ngelat kan, then abg JPJ tiup wisel meminta i get out from the car immediately!

*That moment your heart stops when your car stops* wakaka

Ahhhh betapa lossernya diri ni ye incik incik.
Masa tu nak nangis, sebab rasa dah kecewakan mak dengan ayah. 
Hmmph.

I just randomly cakap lah kan, sebenarnya bukan salah i pun, salah clutch. licin! haha, tak patot kan dah gagal pastu salahkan clutch lah ape lah. Eee tak matang kalau ingat balik. Tapi memang yek pun, ehek.

tapi kan, bila tengok balik memang sape yang pakai kereta tu, memang failed masa kat 3 penjuru tu. Aku ingat lagi flat number dia WWM 2*** haaa belakang tu rahsia lah kan, kang korang pegi google pulaks, nak tengok kesahihan cerita ni hehehehe

then,
lepas dah gagal beriye tu, call mak
"Mak, tak pass la bahagian 2"
masa tu mak aiiiii, airmata dah berenang renang di tepian dah hahaha ahh loser lagi!
tapi budak cool and perasan tabah kan, so tak sempat merembes keluar, aku tahan dulu haha
pastu mak cakap,
"Takpela, kejap lagi bahagian 3(which is korang tau kan this bhg 3 untuk jalanraya) buat bebetul"
ok then, we end it masa tu sebab aku dah downnnn sesangat.

Setelah berejam jugak waiting for my turn, i buat ujian bahagian 3.
 Masa tu abg JPJ yang baik budiman bagi pilih
 "Awak nak jalan A ke jalan B? *sambil senyum gatal*
 "Ala tak kesah mana-mana pun boleh" *senyum gatal balik kat dia* hahaha
"Awak pilih laaaa" *senyum gatall balik*
"ok, ok, jalan A" *muka serius*

hahahaha, fyi, jalan A tu quite easy dari jalan B. So, cause he's there for helping me untuk lulus why not im there untuk luluskan myself kan? hahaha, HANIS BIJAK. 

Kemudian memandu dengan penuh yakin, sampai tiba kat traffic light, tetiba merah pulak and yes kenalah berhenti kan? then nak mula jalan balik tetiba "eh asal kereta ni" masa ni tak cakap dalam hati tercakap kuat pulak kat JPJ tu hahaha. Part ni dah cuak menggelabah nak tercabut lutut semua hadaaa la sebab kereta tak gerak. Pastu si dia yang budiman dan baik hati tu bagitau "gear tu gear" hahaha. Ok, tak masuk gear 1 rupaaaanyaaa hiks.

Well, atlast. I made it! Dah pass untuk jalanraya. Tapi tulah, sebab gagal bhg 2, kenalah repeat test kan. 
Yes, I have to pay for that again yeh kawan kawan semua. RM200, lagi. Over sangat tak lulus tu je pun, sampai RM200. Nak buat cemanaaa, bayarr sajalaaa dengan harapan, "this is the last, not anymore!"

On 9th Jan 2013, which means next week after I took my 1st test, I took my 2nd test
Masa ni tak cukup yakin pun tapi redah je pasal hati cakap
"kalau Allah tak kasi lulus, buat lah end of the year pun tak lulus jugak kan"
So, masa tu kira macam all out beserah pada takdir. Yakin sepenuhnya.

That day masih lagi diuji. I ma the 2nd candidate yang akan test, so the first person yang sama macam i ulang , FAILED. u know what? FAILED masa dekat bukit lagi tau. Masa tu depan mata I cuz I park my car betul - betul belakang kereta dia. Omaigad. Masa tu kaki dah menggigil, dalam otak dah memacam pikir. 

Ok, when the abang JPJ suruh I start, I drive macam biasa lah kan, but suddenly sebab I was too nervous and my legs both kritikal shaking and I cannot press the clutch and gear serentak at one time. So, kereta tu macam terkedepan sikit lah. Nasib baik tak lobos terus ke bawah, kalau tak "kalah mati terus" hahaha

Cubaan kedua.
Zrooommmmm *acah bunyi kereta* kahkah
Okay I made it! Yeayyy!


Ok, pastu macam malu dengan diri sendiri lah kan, tu yang suddenly amek gamba nampak kepala je
hahahahaha :P

Lepas dah pass bab bukit tu, buat lah parking - PASS, then 3 penjuru - PASS
So, PASS lah ni? PASS betul ni?
Aah lah, PASS! hahahaha pastu dengan muka bajet pass sambil pegang stereng dengan tangan sebelah *lelambai kat abang JPJ yang debab tu dengan muka bajet*
sebab amaran kalau tak bagi aku lulus! hee

Pastu kena lah datang balik ambik borang tu untuk sign ape semua, tetiba JPJ tu cakap 
"kenapa awak lambai tangan masa nak keluar tadi?"
"Errrr ..... saya pun tak tau kenapa"
hahahahaha *muka blurr kengkononnyee*
"Awak tau tak bahaya kalau memandu dengan sebelah tangan?"
"........................"

Dia boleh detect ye, aku nak feeling good-good kat dia hahaha

Okay lah, yang penting aku dah lepas kan
dan yang paling penting .....


dah boleh drive hehehehe :)

Ok nak tips? Taknak? Ah, nak bagi jugak.

"Tolong jangan putus asa. Bila kau gagal harini, tak semestinya 1 saat selepas tu kau akan gagal jugak."
FACE IT and you will end up with smailllll 
hehehehe


adioooossss!





Monday, December 31, 2012

End of 2012!

Hey Assalamualaikum :)

Haaaa, lama sangat tak update uollss. Rindu uolls nak meroyan kat sini. Ok lah since dah lama sangat tak hapdate. So, I sum up kan je la what I was doing lately and how my life goes right sometimes and goes wrong many times! Ahaks :p

Cuti, sangat tidak ada apa-apa maknanya melainkan anda membuat suatu yg beneficial contohnya, mengambil driving license! hehehe, so that was what I am doing now. Aceli dah banyak fasa lepas, so ini tinggal the final of the final la. So 2nd of January, that will be the day yg menentukan Im going to drive My Myvi ke tak dengan ayah kehkeh *berangan sgt iolls*

Ahah, yes. Doakan lah i okehhh :)

So, so, so ..... besok akan ada last belajar tho sebenarnya dah tak boleh belajar tapi my cikgu driving yg i sayang sesangatt tu kata, takpe - takpe awk datang je, "I'll make my time for you" Acheyy, itu yang macam nak lompat tetinggi ni and sayyy ...



Huraaaayyyyy! *over sgt iolls* hahaha


OK NEXT -->

20th Jan, Im going back to CFSIIUM. yeahh babe, im still there. Studying! menghabiskan sisa hidup menjadi seorang pelajar matriks. IIUM, katanyee. Sementara tu 29th Jan, my best best friendsss yang i sayang gileee ayam tu semua akan ke gombak! HAH? yes uollssss. Mereka yg I sayang bagai jantung nak terkeluar tu akan further their studies one sem earlier than me! Ahh, sakitnya. Sakit sangat. Bukan cemburu tapi nanti mesti rindu nak mampus. Ok tak mampus, tipu je :)

Boleh bayangkan tak? Boleh tak? Selalu je hidup mati dengan diorang but all of sudden diorang akan make another step untuk menjadi kaya. Ahhhh, that was so sad :'(

But actually, deep in my tulus heart ni, mendoakan kejayaan bebigirlss i tu. Ok I nampak sgt hikmahnya which is Allah nak bagi dorang pendedahan awal pasal Gombak so when I enter Gombak on Sept, senang lah! Nanti dorang boleh jadi tourist guide kan, takde lah I hilang panduan. Ahaks! I got you! Well, tak semudah tu sebenarnya. Hati cakap lain, mulut cakap lain, tulis pun dah lain dah ni.

Dalam hati ni, Im so sad. But nvm, ada lahtu hikmahnya. Aik asyik hikmah je uolls, hehehehe.
Ok, ini ada pesanan dari hati untuk bebigirlss i.


KakYong, hehehe Fatin Nazihah ye. Yong ni gadis yg sgt peliks uolls. Tak tau nak ckp peliks cemana tapi peliks lah. Hanya bebigirls yg lain je boleh tahu peliks nye yong ni. Tapi seronok sangat dapat buli yong dalam diam hahahaha. Itu terbaik sebab yong tak reti nka membalas balik. Kalau nak diceritakan moments dgn yong ni sgt lah banyak masyaallah sebab dari first sem lagi dengan dia. Manisnyaaa byk sgt, taknak lah cerita, nanti semut dtg. Manis sgt hahaha. Tapi yg wa tahu, "wa sayang lu yong, angat angat" Hiks :)




Rahmah, memang takde nama lain dah aku panggil kau kan. Tapi kau suka kan bila aku geram and panggil kau "Siti Rahmaaaah" hehehehe. That was so cute sebenarnya, bukan kau yang cute, aku ok aku :P Well, start knowing you sama lah macam yang lain, bila kita kat nilai dulu. Rasanya, bila dah start kongsi katil bagai terus kongsi cerita and semua kongsi lah sampai dah tak ada rasa kalau buat barang orang hilang ke ape ke. hahahahaha. tapi mesti cakap, "ahhhhh ganti aaaaa" itu part paling best sebab aceli memang mean it tapi kalau dah tak nak ganti pun okay je hahaha. Tiap malam text, bagai nak mampus padahal tepi katil je. Adooooh. Tak tahan! Aku sayang kau, sumpah  aku sayang. Kalau sayang boleh tukar pada duit, dah jadi kaya doee aku. hekhek *gelak gatal*




Jeje! Itu nama singkatan. Nama penuh MANJE. Maniskan. Manis sgt. Haha, ada. Kalau bab bergosip dengan ada ni best, sebab dia dengar je pastu gelak. pastu selalu ckp "o yeke nis? sambil buat muka bongok dan intonasi yang mendatar tu" hahaha. Bila study memalam tu, tak belaaa nescafee beribuuu. Tidutnye, tetap. Suka dengar cerita pasal dia dengan buah hati dia. Sebab bila kau cerita, nampka jujur doee :) Hiks. Lebiuuuuu daaaa, sayang sgt :')



Sayangnya Tuhan je yang tahu, kadang ada je yang terasa hati, ada je yang menangis sebab perangai masing - masing tapi sebab rasa sayang tu, bila minta maaf semuanya okay. Tak lama pun, merajuk sayang. 


and


part paling manis, bila hari - hari tiap masa nak makan sesama, boleh mati kalau tak makn sesama tau hahaha. Pastu bila tertekan je, mesti nak keluar walaupun takde sen. Kan manis sangat tu tau :')


Bila masa ada gembira mesti ada yang tak kena kan....

Well, sejujur cakap 2012 adalah tahun yg bermacam untuk org yg bermacam macam I. So, sangatlah padan kan gitu hehehehe. This year, manyaknyeee dugaan masyaallah and still keeps continuing till now. But afterall, mungkin aku akan tunggu dan lihat ape juga kesudahan yg baik ataupun pengakhiran yg mungkin yang tidak berapa nak kena dgn jiwa matang aku. O well, yg baik itu selalunya semua orang mahu tapi kalau bukan itu yg aku dapat. Aku tahu perancangan Allah beribu jauh batu lebih hebat dari perancangan aku, manusia yg tabah.

People keep asking me, apa azam tahun baru ni? Apa mau buat tahun depan?
Ahahahaha I just can answer bodo bodo punye jawapan. Mcm nak cantik! nak iPONGGG! semuanya kaedah materialistik and dunianistik aku bagi. Ah walaupun hakikatnya aku tak tau nak apa. Ya Allah, aku sebolehnya taknak berazam sebab aku takot dengan azam aku, aku ada harapan. Harapan yg mungkin akan buat aku tak serupa orang.



Ini masih orang, orang yg perasan! hahaha


Jadi, aku taknak azam nanti kalau tak dapat nangis. Aku redha apa juga yang aku dapat, tapi satu je yang aku rasa bukan azam kot tapi lebih kpd permintaan. 


"Allah, jika kau dengar aku. Aku ingin minta pada Kau. Jangan lagi Kau hadirkan sesiapa untuk lukakan hati aku. Jika aku memang ditakdirkan untuk tidak disayangi, aku mohon Kau jangan biarkan hati aku sayang dan kasih pada mereka. Jangan biarkan aku hargai mereka. Sebab aku tak mahu lagi kecewa. Sebab apa yang aku mahu hanyalah bahagia. Aku mohon. Buang semua manusia yg pernah hadir dalam hidupku yang hanya beri kelukaan. 2013, aku tetap mahu hidup. Hidup dalam keredhaanMu."

Cinta itu anugerah sayang, awak takkan rasa apa itu cinta kalau awak tak menghargai anugerah itu. Kerana anugerah hakikatnya perlukan penghargaan. Bukan untuk dipermainkan.

Jangan risau, masih ada rasa sayang.

Tuesday, December 11, 2012

Promise

Harini aku sedar, bahawa janji itu jugalah cuma sebahagian dari kata - kata. Dapat diubah. Boleh juga untuk dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan tapi menerima janji sampai mati diingati. Ada waktunya, janji juga menjerut hati sendiri. Semata - mata untuk kebahagiaan orang yang kita cintai.

Friday, December 7, 2012

Backup plan? That sad.

Assalamualaikum.

Okay harini aku nak cerita sesuatu. Ya sesuatu. Mungkin kau dapat tebak apa yang akan aku sampaikan. Ye tak? Hehe. Yes, pasal hati. Hati aku. Hati yang tak tenang dan perlukan ketenangan.

Aku pelik. Ya aku pelik. Kenapa manusia perlu nak ada backup? Apa - apa lah mesti nak ada backup. I mean u can say more to backup plan la. Like for eg, nak pergi mana - mana mesti kena ada backup plan, kalau tak jadi yang ni pergi yang ni. Tapi tapi, yang aku tak boleh belaaaaa sekali backup plan pasal hati dan pasangan. What so childish man? Eishh.

Ok lah ok lah. Kalau kau nak cakap, I need backup girlfriendssss or whatsoever so that I can choose the best one for my future. Errk? Why so desperate? Pilih satu je sudah la kan, macam tamak sangat kau ni aku tengok. No laaaaa, i mean kan slow - slow lah bro, long journey to go ... long experience to feel ... so why so busy with this kind of stuff? Haaaah. I really cant think it nicely. Why bro why..............

Tak actually memang lumrah, memang dah begitu Allah jadikan manusia selalu berbuat silap dalam hidup. Ya, semuanya. Aku, kau, semuanya ... tak terkecuali sikit pun. People comes and go, but you know what the true one will stay. Trust me. It's actually one of the phases in our life. I mean, kita berjumpa, kenal dan suka pada orang. But we can't even expect that we will fall in love. Yeah, never. Till the end, tetiba je kita rasa kita dengan dia dah tak serasi then terputus lah ditengah - tengah tu ha. Itu biasa sangat, biasa sangat. Allah nak bagi kita jumpa orang yang betul lepas kita jumpa orang yang salah.

So apa yang aku cuba describe and explain pada uollsss semua adalah ... be a man yang faithful pada pasangan. Cukup lah sorang, cukup lah. Kalau reramai kang penat pulak kau nak jaga. Tebeban otak takpe lagi tapi ni jap gi duit lagi. Kan. nak kejar cinta sana sini. Lastnyee apa kau dapat? Yang sana tak dapat, yang sini pun melepas. Arghhh arghh ruginya :)

Ha kenapa aku sesibuk camni? Bukan sibuk ape, tapi ini melibatkan hati. Hati tu part paling sensitive sekali dalam bebanyak part. Once broken consider sold tau, hikhik. Eheh yelaaa tak baik tau main - mainkan hati orang. Mak aku selalu pesan, kalau tak suka seseorang or tak bersedia untuk sukakan seseorang, jangan bagi harapan. Biar dia terluka dulu, biar dia sakit dulu. Tapi lelama dia akan okay. Hati kan berubah, so jangan risau. Rasa sedih kejap je nanti bila dah dapat pengganti okay lettuuu. Kan kan :)

Hmm, ya sakit awak. Sakit sangat kalau kita tau yang kita cuma backup plan. Tak kisah lah sesiapa pun. Bila kita dah bagi sepenuh kepercayaan, kasih sayang pada orang yang kita sayang tapi bila kita dapat tau "KITA ADALAH BACKUP PLAN" -.-

Tuhan saja yang tahu XOXO.


How dare uolss yang suka bebanyak backup ni enhhh -.-




Monday, November 26, 2012


You have to know that I am still a girl, ada hati ada perasaan. Ye, tahu realitinya aku nampak kasar, aku nampak kental. Aku mahu semua orang nampak aku macam tu. Aku tak suka orang nampak aku macam anak - anak. Lagi, aku tak suka orang nampak aku lemah. Ya, tak suka.

Alhamdulillah, sekarang aku bukan lagi mahu kata apa yang aku mahu kata. Aku cuma mahu luah apa yang aku rasa. Sebab bila aku kata, kau orang semua peduli pun tidak, jadi apa yang aku boleh buat? Aku diam, kemudian baru kau tanya. Tulah kau orang. Kan? Ye tahu, aku pun sama.

Aku nampak semua. Ya semuanya. Tapi aku tak reti nak bantah. Aku tak reti nak lawan. Aku takot aku kalah. Kalah dengan diri sendiri.

Aku nak kau tahu, aku penat. Penat dengan semuanya. Aku tersangat letih -.-
Menunggu, menyayangi, mengagungkan manusia yang tak pernah pedulikan aku.

Sepertinya, apa yang ada pada aku, kau lupa. Semuanya. Kenapa mesti kau lupa? 
Sekarang, aku rasa kata - kata tak lagi boleh luahkan apa yang aku rasa.
Sebab semuanya bukan mudah.



Saturday, November 24, 2012