Hm dah lama tak update, rasa rindu. Rinduuuuu sangat. Bukan rindu nak berblogging tapi rindu kat awak :D haha errr gatalnye!
Errr well rasanya sekarang dah masuk awal bulan 10. Maknanyaa. It's less than a month kena duduk kat uia PJ terperuk nih. Eh tapi tak jugak, sebab khamis ni dah nak balik rumah and I make my own holiday for 1 week and more HAHA. Bukan ponteng ok, tapi sebabnyee.... uia kasi kita periksa lambat lambat siapa suruh? Haaa padan muka uia kena backstab dengan staff sendiri, harr harr :D Selalu sangat nak menyaman menyumpah seranah budak kan, haa kau tak tau aku lagi syaaa iii tonnn. LOL XD
About 1 and half year dekat sini, aku rasa tak ada apa yang berubah, tinggi tetap macam dulu. Tapi aku perasan satu ... aku lebih matang. yer lah uia ajar aku jadi matang. Matured in all aspects. Aku jadi lebih sabar bila sesuatu yang aku tak suka jadi dalam hidup ni. Semua benda kena handle sendiri. Aku mengaku, dulu ..... aku sangat bergantung. aah la bergantung pada mak ayah. sangat. dan sekarang mungkin ye tapi tak macam dulu. Sekarang aku lebih tegas, aku lebih suka selesaikan masalah aku sendiri without burden others. And maybe attitude ni kadang-kadang menyusahkan orang lain tapi aku rasa selesa. Selesa sebab tak payah nak menyusahkan orang lain.
Ya, aku mengaku jugak dulu ... aku sangat manja. Tak dapat apa mesti nak menangis pastu merajuk. Kena tegur sikit, sentaaaaap terlebih. Sekarang ada jugak lah tapi tak macam dulu. Sekarang kalau tak dapat something, buat ayat pasrah macam ni "Takpe takpe, Allah knows best".
Hati rasa lagi tenang sebab semuanya aku pasrah sebab aku tahu takat tu je yang Allah tengok usaha aku. So what should I get more than what I work for? It's enough for me kann.
Tapi sekarang, bila aku buang semua tabiat perangai aku yang tak semenggah tu, aku jadi terlalu kuat. dan kadang-kadang aku rasa aku jadi terlalu keras. Keras untuk semuanya. Senang cerita, hati aku dah mati. Mati sangat hati aku nak kesiankan orang. Aku takot jugak benda ni akan buat aku jadi BITCH. Errgh, no way. Jangan lah mintak dijauhkan.
Pengalaman, mungkin. Orang kata pengalaman mendewasakan kita. Tapi sekarang ni dia dah ajar aku jadi terlaluuuuuuuu dewasa sampai aku dah tak boleh nak jadi budak budak. Macam mana nii ==''
Aku kena berubah kan. Kena berubah jadi lemah lembut semula, ye mungkin lagi lembut.
Aku nak jadi perempuan yang ada hati. Tu je.
Perangai yang tak reti duduk beradab memang tak boleh buang ok :)

No comments:
Post a Comment